Pages

Monday, 28 May 2012

Silat = Seni Latih Takwa

~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalamualaikum, sahabat perjuangan ! :D

Semalam kan, Melia baru habis baca novel Terasing. Memang Melia dah lama teringin sangat nak baca buku tuh. Nasib baik la ada adik sayang pergi PWTC [untungle =='] . Dia beli buku tu.

Dalam bab 10, kat situ ada tulis tentang perbualan antara anak dengan ayah [sebenarnya flashback]. Anak dia tanya pasal silat.

Tak tau la kalau korang dah tau, pastu korang taknak bagi tau :D tapi Melia memang tak tau bahawa:

Perkataan silat itu daripada jawi jugak---> sin, lam, ta. Perkataan tu membawa maksud "Seni Latih Takwa"

Jadi, bila jadi "Silat Gayong", silat tu membawa maksud Seni Latih Takwa, kalau Gayong: genggam, angkat, yakin, waras, ngeri. Ia menjadi satu makna yang perfect !


Kenapa ada orang tangkas bersilat tapi dia jahat?

Sebab dia bersilat tanpa dipandu oleh keimanan. Iman yang control semua perbuatan kita. Mungkin, itulah "Waras" yang dimaksudkan.

Macam Ustaz Faiz cakap dulu: Orang zaman dulu-dulu semua belajar silat, tapi tak semua digelar pendekar, sebab tak semua pesilat tu orang yang tinggi budi pekerti.

Dan hakikatnya, kita bersilat adalah untuk mengangkat Al-Quran dan As-Sunnah dalam kehidupan kita. Itulah "Angkat".

Dalam novel ni ada cerita:

Dikisahkan bahawa, silat bukan sahaja seni mempertahankan diri, tetapi adalah salah satu seni untuk menjaga takwa kepada Allah. Segala prinsip dan gerak tari silat yang asal, mempunyai hubungan dengan penyedaran seorang hamba akan kebesaran Allah. Mungkin zaman demi zaman telah berlalu, ia hanya tinggal sejarah je.

Sebab tu, yang sebenar-benar pesilat itu adalah yang mengamalkan Islam secara syumul dalam kehidupannya. Bukan menyebut kalimah Allah di dalam gelanggang sahaja, tetapi sampai ke tempat tidurnya.


Bak kata Ustaz Syakirin: Bukan dalam gelanggang je dalam hati sebut nama Allah, tapi sampai ke luar gelanggang pun, ingatlah Allah dalam setiap saat pun !

Ingat lagi tak konsep "Bela diri" dengan "Bela diri"? <---[sebutan dia lain2 tau!] yang Ustaz Syakirin cakap masa mula2 dia datang tu?

Bela diri yang pertama:
Kita bersilat untuk membela diri daripada anasir-anasir luar yang jahat2 tuh

Bela diri yang kedua:
Kita menjaga diri kita sendiri daripada terpesong akidah. Lihat sahaja para Ummul Mukminin dan anak-anak Rasulullah, mereka tiada seni tempur pun, tapi mereka ada seni membela diri. Ustaz cakap, sebab tu, Rasulullah selalu bagi zikir-zikir dan doa-doa kepada isteri-isteri baginda, cth: zikir Fatimah.

Dan, sebenarnya sungguh besar hikmah memakai tudung labuh. Hakikatnya, itulah senjata rahsia: iaitu cindai. Lagi labuh tudung, lagi besar senjata :D Jadi, rasanya tak perlu lah kot bawak pisau ke mana-mana :DD

Hakikatnya, kita bersilat untuk membela takwa kita, insyaAllah.

Jadi, betulkan niat kalau nak bersilat. Selain daripada riadah, kita niatkan juga supaya kita menjadikan seni silat ini sebagai wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Hari tu kan, Mak Cik Wan yang kat DM tuh pernah cakap kat Melia ngan Atin Jeff: Taayah bersilat bukan sembarangan silat !

Pasal tu Ustaz Syakirin cakap, kalau nak hebat bersilat, kena betulkan rohani dulu, solat jangan tinggal, mathurat, manzil, solat sunat, semua kena amalkan. Amalkan Islam dalam setiap inci kehidupan.

Tapi janganlah pulak kita buat amalan-amalan tu sebab nak terror silat. Baik tak payah ! Tak ikhlas tu, kita buat pape kena niat kerana Allah. Nanti bila dah terror, sume tu kita tinggal terus. Nauzubillahimin dzalik. Boleh rosak akidah tau !

Perlu diingatkan, banyak lagi cara untuk mendekatkan diri kepada Allah, bukan seni silat semata-mata. Cuma bonus bagi silat, dapat pertahankan diri daripada musuh dan pertahankan diri daripada terpesong akidah, insyaAllah.

Dalam novel "Remaja Harapan" pun, ayah dia tanamkan Iman dulu dalam dada anaknya, baru ayah dia ajar seni tempur. Sebab, Iman yang mengawal tempur daripada menggunakan tempur ke arah yang salah.

Heh, sekian sahaja daripada Melia. Sorry, sebenarnya nak tulis sikit je, tiba-tiba idea bercambah macam cendawan kena hujan :D Sebab apa yang ada dalam novel yang Melia baca banyak related dengan apa yang Ustaz cakap.

Baru orang sedar, betapa indahnya silat, hehe :DD

~love from: zatiaisyah <3~

~8 Rejab 1433~

No comments: