Pages

Friday, 28 September 2012

Persembahan Hari Sukan 2012

~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalamualaikum :)


Selepas cuti penggal Mei-Jun,

Sibuk hari sukan. Bukak-bukak sekolah terus main lempar cakera [ni untuk bahagian A la]. Budak-budak silat ni pun perah otak nak wat persembahan untuk hari sukan. Buat pengetahuan senior-senior sekalian, *poyo sat* tahun ni persiapan hanya lebih kurang 40% je bergantung kepada ustaz. Yang lain-lain sume buat sendiri. Thanks a lot untuk Kak Husna yang still bersama kitorang walaupun nak pekse, walaupun Kak Nabil berada di Bangkok.

Melia ingat lagi, musim-musim sukan la nak buat tuisyen Thanawi la, hari kantin la. One more thing, naseb baek hari kantin tahun ni untuk rumah-rumah tun je. Banyak kot Fiqah ngan Atin burn tuisyen, sabo je le.

Tak macam tahun lepas. Kalau tahun lepas gempak ngan tongkat ngan rukuk, tapi tahun ni takde semua tu. Tapi berkat usaha doa serta tawakal, Allah mengizinkan kitorang wat persembahan yang sama gempak macam tahun lepas.

Pada suatu malam ......

Kitorang buat latihan. Malam tu malam yang paling pressure. Tak ingat sebab apa. Tapi yang pastinya waktu tu Melia dah nangis kat Aimi da sbab xle wat rukuk. Last2 kitorang kumpul kat satu tempat tu, Kak Husna bukak Besta. Dengar lagu sebab nak release tension. Sambil-sambil tu Kak Husna bagi kate2 semangat sume tuh. Then, timbul idea maen panjat2 orang.

Waktu ni la timbul idea nak wat piramid. Taekwando un wat piramid jugak, tpi dyorang  punye lagi lawa. Kak Husna kasi idea soh wat piramid sambil tu pegang kain banting "Silat '12" sbagai penutup persembahan.


Ingat kan idea tu main-main, rupe-rupenye serius dia nak wat.

Yang jadi base: Melia, Jalilah, Lina Firzanah ngan Naa. Yang panjat: Fara Izzati ngan Farhanah.

Beberapa malam sebelum hari sukan ....

Ustaz datang malam tu. Dia touch-up sket, dy soh wat ala-ala sketsa sket. Dia cakap, kita wat persembahan ni sebab nak promot yang silat ni boleh digunakan bile-bile masa. Kitorang gune payung ngan bag sandang sebagai senjata. Yang lawak nye, Fiqah kasi patah payung ustaz, dahla payung free. Adoyaii. 

Hari Sukan ....

Waktu ni lah nak show off. Sorang je yang masuk kawad. Oh, sebelum tu. Syaleen banyak kali bodek Kak Husna soh wat persembahan silat dulu baru taekwando, sbg ganti tahun lepas. Kitorang pun kena la bertolak ansur sebab dyorang tahun lepas dme start dulu. Tahun ni turn kite lah pulak.

Penat woo tangan Melia pusing-pusing tangan buat bunga sampin.

Masa tengah tunggu pancaragam habis tu, Melia takut sangat, sebab Ain Shu tak siap lagi. Naseb baek sorang je masuk kawad.

Berbekalkan gabungan lagu Final Hour, Viopipe Butterfingers dengan Gemuruh Jiwa, dengan bantuan 'urusetia' silat: Hasyimah urusetia peralatan ngan Kak Nabil, DJ silat :D, kitorang cube buat yang terbaek.

Untuk rumble, kitorang pinjam payung cikgu Fikri, dah la payung tu payung hari guru. Naseb baek tak patah.

It's ok lah kan walaupun persembahan pakai hailer je. Keh3

Yang lawak sangat2 tu, waktu buat piramid, banting memang dapat turun, tapi dia terbalik !! kah3 ! Naseb baik orang atas tak kalut, kalo tak dah lama korang jatuh :D

Habis tu memang lega sangat2. Even minus tongkat ngan rukuk, tapi kitorang pluskan dengan rolling gelung, rumble ngan benting.

Habis persembahan terus tangkap2 gambar. Taekwando pun tak macam tu. "Kami hot stuff ~ "

Setinggi-tinggi penghargaan terutamanya untuk Cikgu Fikri, Cikgu Hidayat dan Ustaz Amin Rahman, sebab sudi pinjamkan laptop untuk cari2 idea.

Juga untuk Kak Husna, sebab sudi bersama-sama dengan kami walaupun nak pekse.

Untuk budak YS, Syima n' Kak Nabil, sebab tanpa korang tak licinlah perjalanan persembahan.

Ahli-ahli silat yang sanggup turun dengan komited, dan thanks sebab dah buatkan 'hadiah' untuk Kak Husna.

Form 4, thanks a lot because all of you are willing to sacrifice the thanawi tuition.

Sesungguhnya, ilham itu datang daripada Allah. Banyak2 sujud syukur sebab Dia yang kasi idea nak wat banting ngan sketsa ringkas ni.

Update at Hotel Taiping Perdana  

No comments: